loves

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 17 December 2013

sungai bil, tangjung malim

assalamualaikum, kali ni nak cerita pasal kampung kesayangan kami, terletak di Sungai Bil, Tanjung Malim, Perak.
 
Teman, org perak, YOP! hehe...
 
Hampir setiap bulan kami balik kampung arwah aki n arwah opah kt sana n tengok opah kiut di Slim River, Perak.
 
Kalau kome rasa tensyen dgn kesibukan kota, perjalanan ke sini dr KL hanya memakan masa 40-50min je. best!! air sejuk. seronok berendam. Tak tercemar okehhhh! leh tembak ikan tengas lg :) goreng rangup!
 
ayah suka panah ikan time muda2 dulu :)
 
ni gambar air sungai mengalir sejuk




ni pulak gambar kami seronok membelasah hasil tanah. Alhamdulillah :)

 







Thursday, 12 December 2013

Friday, 22 November 2013

zoo negara


Alhamdulillah,  lepas balik mengerjakan Haji, kami berpeluang untuk menghabiskan masa bersama triple izz yang hampir 2 bulan ditinggalkan..
 
Kami bawa mereka pergi ke Zoo Negara Kuala Lumpur. Excited sungguh Muzaffar, Muammir dan Muammar. Kali ni tekad semua jalan kaki, takde stroller. Tapi.. dah hujung-hujung semua kepenatan termasuk ibu abahnya. hehe...


















muka Muzaffar confident je. Bagus anak ibu :D



Tuesday, 19 November 2013

pengalaman bersalinkan kembar (episod 2)

 adoi! dah lama baru nak sambung. huhu..

...elok je sampai labour room, tak sempat check denyutan baby, tiba2 baby nak keluar sgt. zuuuppp~ keluar Muammir :) alhamdulillah. Doktor tanya 'kalau dah rasa nak teran lg satu, bgtau ye..'tapi jawapannya 'Dok, suami saya kat luar, boleh tak dia masuk tengok baby..' Balasan doktor 'Takpe ye, kita selesaikan baby yang kedua ni pulak..' dengan hampanya.. 'ok..' tak sampai beberapa ketika, dah ada gesaan sket, buat2 teran, kali kedua teran keluar la Muammar! ALhamdulillah!!!


terima kasih Allah...

nurse-nurse semua excited tengok dan tangkap gamba babies :)

yang paling teruja, bila ditolak masuk ke wad, babies diletakkan di kedua-dua sisi tangan ibunya... dan semua mata memerhati kami. Allahuakbar!!!


*abes dah... sekarang mereka membesar dengan sihat dan bijak!!*

Friday, 2 November 2012

pengalaman bersalinkan kembar



tepat jam 8.30pg dan 8.38pg 20 Januari 2012, maka lahirkan anak-anak kembar kami ke dunia. Ya Allah, maha besar Allah, terima kasih dan syukur kepadaNya sebab dianugerahkan pengalaman mengandung dan melahirkan kembar di dunia..

Sebenarnya, saya dah pon amik cuti awal sebulan (cuti rehat 2 minggu + cuti bersalin awal 2 minggu). Tujuannya supaya lebih berjaga-jaga takut bersalin di ofis dan di PD. hehe..al maklum..husband di KL, lgpon dah tak larat sgt nak panjat tangga 3 tingkat ke opis tuh!!
orang kata juga, bersalin kembar risiko bersalin sebulan awal. So...better jaga-jaga kan???

Jam 6.30 pagi hari tersebut, rasa nak buang air kecil, nampak ada darah sikit..
tiba-tiba lepas tu terasa mcm nak meneran..tapi selalu pon rasa mcm tu..

tak semena-mena rasa mcm ada benda nak keluar dari bawah tuh!! kelam kabut kejutkan husband..makin lama makin besar dia keluar..

dalam hati takut kepala baby keluar...muka memang CUAK giller masa tu..husband pon muka takut semacam! suruh dia tengok..tibe-tiba bunyi 'POP' - air ketuban pecah!!!

so..banjir la rumah...tp dah tau bukan kepala baby, saya agak rileks la sikit...suruh husband sembahyang, siapkan barang si abang untuk hantar rumah mak..

pukul 7 lebih jugak baru gerak dari rumah..disebabkan waktu orang dah start ke tempat kerja, jalan sedikit jem di Cheras..Buat lampu kecemasan pon orang buat tak tau je..Ishk2..

dalam kereta bukan menahan sakit, tp menahan dari meneran!!!

pukul 8 sampai di HUKM, husband drop kejap pergi carik parking

Cakap dengan nurse kaunter, kata mmg nak bersalin dah ni..cakap tak boleh tunggu, bila tolak kat bilik pemeriksaan, tengok2 dah buka 9cm! apa lagi..berlari nurse dan doktor pergi ke labour room..huhu..teringat balik..kelakar pon ada..nurse siap suruh tahan jgn bersalin lg!!

sampai kat labour room, belom sempat check denyuatan baby, dah bersalin sorang..
pastu...(bersambung..)
 :D

Tuesday, 30 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha :)

Semoga kita semua memahami pengertian di sebalik Raya AidilAdha ini. Tahun ni kami sekeluarga beraya di Pengkalan Chepa, Kelantan. Alhamdulillah, abah korban sebahagian lembu untuk melahirkan rasa syukur kepada-Nya atas rezeki yang telah dikurniakan, terutama rezeki dianugerahkan 3 orang lelaki - Triple Izz.

Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus, dan insyaAllah ujian yang diberi akan dilalui dengan penuh tabah. Semoga Allah terus memberkati kita semua :)

*penat lepas tengok lembu dikorbankan*

Thursday, 27 September 2012

tak sabar nak besar!!

Salam~

sangat lama kami tak update cerita kan? almaklum...kami 3 hero nie selalu buat kepala ibu dan abah pusing. hehe..

sekarang kami:
Muhammad Izz Muzaffar b. Emar Imran - 1 tahun 7 bulan
Muhammad Izz Muammir b. Emar Imran - 8 bulan
Muhammad Izz Muammar b. Emar Imran - 8 bulan

Alhamdulillah, kami sedang membesar dengan sihat & semakin aktif menjelajah satu rumah dan abg Muzaffar lasak memanjat sana sini :)

Ni gambar-gambar kami, masa abg Muzaffar tgh main belon, dan kami berdua terpaksa tengok melalui grill pintu. Tunggu kami besar sikit lagi..kami mainsama-sama BERTIGA! yeaaahh~ :)




yang ni kami sibuk nak repair kereta abg Muzaffar :)



-coretan: ammir&ammar-