loves

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 19 April 2012

2nd anni

alhamdulillah~ 17/4 baru ni genap 2 tahun usia perkahwinan kami :)
sangat2 bersyukur dikurniakan 3 orang cahayamata hasil cinta kami. Semoga perkahwinan kami ini diberkati Allah dan bahagia hingga ke syurga. Amin~

Untuk nak celebrate anniversary nni, kami ke Singapore. Book tiket hampir setahun lepas, sbb teruja tengok harga sorang 0.50 sehala. tanpa pikir panjang kami pon book untuk 3 orang (infant lain harga). mase tu taktau lagi pregnant, apatah lagi kembar!!! huhu

before nak pergi singapore tu, banyak kali la jugak rasa cam tanak pergi..kesian kat twin Muammir & Muammar, tambah lagi depa BF..tp rugi plak tiket, dan nak jugak rasa berjalan2 celebrate anniversary..

so, kami pon pergi ber3, dan minta tolong ibu amik cuti jaga Muammir & Muammar..

rasa nak nangis je masa turun nak ke airport! sampai sana pon nangis jugak...tambah lg masa tengah perah susu..

sedey sgt..baru tau mcmane perasaan seorang ibu kalau anak2 tak dpt susu kita.. (Muzaffar dulu FM). 2 minggu sebelum nak pergi, memang tekad pam, untuk bekalan twin masa takde..tp tak cukup..

sampai singapore, hanya Allah je yg tau betapa banyaknye susu ni..keras n meleleh2..nangis bukan sebab sakit, tp sebb sedey teringat kat anak2 nak menyusu... :( bayangkan 3/4 jam sekali mesti penuh, n mesti kena pam!

sampai sana pulak pam rosak.. (beli yg murah zaman muzaffar dulu sbb dah ada Spectra 3 electric pum).. geram sgt! terpaksa pam pakai sendiri...tu yg wat lg sedey tuh!!!

esoknya kami berjalan carik pam baru, alhamdulillah dapat yg nih!

SGD 49 kat mothercare. mmg sgt puas hati!! murah sket dr Malaysia nih! so sape2 nak beli pam, boleh g Singapore

so, mase berjalan kat sana, puas jugak la mengepam 3@4jam sekali..pam kat tandas. huhu~ mujur Muzaffar leh je minum susu ibu. Anmum dia tak terusik pon.. sebelum tu risau jugak takut susu terbuang macam tu je..

cam panjang sgt plak menaip nih..~ nak tidur dulu, nanti sambung cerita pasal Singapore & pam nih! :)

*abaikan ayat yg lintang pukang..huhu..sbb taip laju je, takut anak3 jaga :D

Friday, 13 April 2012

habuk+sawang

Assalamualaikum~
lame sgt2 tak update blog! konon2 wat blog baru bg semnagat sket nak update..rupenye..lg TAK UPDATE~!!

thanks to Kak Ti yang ingatkan blog bersawang~
hehe..bz sangat-sangat dengan anak-anak-anak..3 HERO pulak tuh! sekarang semua hero tidur, dan abah pon tak balik lunch ni sbb kursus, maka ibunya amikla kesempatan main Internet jap~ :)

layan la gambar 3 hero nih! permata hati jantung limpa hempedu IBU dan ABAH :)




nak sgt cerita pasal twin kat sini. InsyaAllah kalau berkesempatan yea~
*blog ni pon tak abes construct lg..huhu*